Saturday, June 27, 2009

Ops adakah anda METROSEKSUAL??




Apa itu METROSEKSUAL??
Ini mungkin masih ramai lagi rakyat malaysia tidak mengetahui apakah maksud,lelaki metroseksual ialah lelaki yang mementingkan penjagaan kulit dan juga seluruh fizikal tubuh mereka iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki dan juga amat mengambil berat tentang penampilan diri iaitu pakaiaan.Semuanya harus sempurna bagi diri mereka.

Hampa nak jadi metroseksual? Kat sini ak share la skit panduan...tapi nk
METROSEKSUAL pn mesti la kena tempat juga...ok

1. Grooming
Sebelum mengenakan pakaian, anda perlu melakukan grooming terlebih dahulu. Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Ra
mbut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.

2. Tekstur
Tekstur juga perlu diambil kira dan ia sangat penting. Jangan pilih fabrik yang menampakkan kualiti yang tidak bagus. Sebaliknya jika ingin memilih pakaian bertekstur, anda perlu memilih fabrik cashmer
e untuk sweater dan t-shirts, atau fabrik kapas berkualiti tinggi. Kemeja anda perlu kelihatan lembut dan potongannya bersesuaian dengan saiz tubuh anda.

3. Potongan

Lelaki metro amat mementingkan soal potongan setiap pakaian yang dipakai. Mengapa? Alasannya mereka mahu kelihatan sharp atau kemas. Bagi seorang profesional seperti anda, pilih sut berpotongan klasik yang bakal memberikan impak positif kepada orang lain terhadap anda. Untuk pakaian biasa, pilih t-shirt yang bersesuaian (tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat) serta jeans berkualiti.


4. Stail

Lelaki metro amat peka terhadap perkembangan fesyen terkini. Jadi, apa yang perlu anda lakukan, rajin membelek majalah fesyen lelaki atau kunjungi butik-butik pakaian berjenama yang menyediakan ruang ‘stail’ atau pakaian yang digayakan pada patung. Dengan cara ini, anda pasti sentiasa berada di atas dengan semua trend fesyen terkini.

5. Pewangi

Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda. Minyak wangi paling sesuai untuk lelaki memiliki haruman sensual, oriental dan musky. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar, pilih minyak wangi yang menyegarkan.


6. Aksesori

Untuk bergaya, anda juga perlu melengkapi stail anda dengan memaka i beberapa aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah. Pilih sama ada berwarna perak atau emas. Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Kemudian anda boleh memakai rantai yang sesuai dengan warna kulit. Gelang atau cincin sesuai jika perlu.

7. Kasut

Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia pelengkap kepada gaya dan sangat penting. Anda boleh pilih sama ada mengenakan kasut klasik atau trendy, apa yang penting ia kelihatan menarik dan sesuai. Pastikan kasut yang dipakai sentiasa dikilat dan bersih. Jangan sesekali rosakkan penampilan dengan kasut yang tidak bersesuaian atau ‘buruk’.

8. Go Digital

Kebiasaanya lelaki metro mempunyai beberapa jenis barangan digital. Ini termasuklah telefon bimbit yang terkini, MacBook yang memuatkan software canggih serta iPod yang memuatkan video serta muzik kegemaran mereka.


9. Barangan kulit
Anda memerlukan sebuah beg kulit yang berkualiti untuk memuatkan barangan penting. Pilih beg yang berkualiti, tahan lama dan lasak yang boleh digunakan setiap hari. Pastikan beg kulit itu mempunyai ruang untuk meletakkan laptop kesayangan dan barangan lain.


4 comments:

  1. Aku sah2 bkan metroseksual. DengaQ nma cam golongan gay. Hg metro ka??? Ad brapa jenis lelaki lagi. Pompuan plak ad brapa jenis.

    ReplyDelete
  2. metro bukan gay ar...ni masalah org kita..dia just lelaki yg suka bergaya....ok harap ubah persepsi

    ReplyDelete
  3. 4 ur info kay shafiq...klau gay ialah homoseksual..so jgn salah anggap org metroseksual..org metro ni suka berfashion..mean up to date la senang crita

    ReplyDelete
  4. bgla lg inf0 dgn sample..tnjuk ckit pic utk fashion lelaki.Untuk santai,f0rmal,kuar dgn awek,company annual dinner ke.Bgla perfect ckit.

    ReplyDelete

© 2009 'One-column photo blog' by HUGE photo blog