Friday, December 18, 2009

Kain Tak Berjahit

Bersempena dengan Maal Hijrah ke-1431 suka di sini tuk aku berkongsi dengan satu forum HALAQAH kain tak berjahit..Ingatlah,, kita tak tahu bila?di mana?bagaimana? kita akan ditarik nyawa oleh malaikat IZRAEL...

Topik ini berdasarkan firman Allah (Ayat 11, Surah Al-Munafiqun) yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Allah tidak sesekali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan"
Ayat ini Allah ingin menegaskan bahawa setiap yang bernyawa itu ada saat ajalnya cuma kita tak tahu bila dan bagaimana seperti yang dikatakan oleh Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz. Seperti yang Ustazah Nur Bahiyah jelaskan ramai orang tidak suka bercakap mengenai kematian. Kepahaman orang muda terhadap kematian adalah seperti ini:
"Mati ustazah jangan cakap la. kami muda trang tang tang lagi; yang mati ni orang yang lanjut usia sahaja; yang kulit da kendur, mata da kabur, uban berterabur, rambut gugur, gigi pun gugur, cakap pun tersembur-sembur; dekat dengan kubur."



Sabda Rasulullah SAW ada beberapa perkara yang perlu dilakukan apabila ada hamba Allah meninggal dunia ;

  1. Ucapkanlah Innalillahi wainnailaihiraji'un. Nabi SAW bersabda apabila diucapkan kalimah Innalillahi wainnailaihiraji'un, Allah akan jauhkan kita dari perkara buruk tersebut dan memberikan sesuatu yang lebih baik.
  2. Tutupkanlah mata jenazah. Nabi SAW ketika menziarahi jenazah Abu Salamah, baginda menutupkan mata jenazah dengan telapak tangannya. (Mata jenazah akan mengikut arah dari mana roh ditarik keluar. Malaikat menarik nyawa dari arah kepala, so selalunya kita akan nampak mata jenazah ke atas.)
  3. Tukarkan pakaiannya kepada pakaian bersih.
  4. Qiamkan tangan jenazah seperti keadaan dalam solat.
  5. Tutupkan mulut jenazah.
  6. Ikatkan dagu jenazah sehingga ke ubun-ubun kepala.
  7. Luruskan kedudukan kaki jenazah.
  8. Tutuplah jenazah dan seluruhnya.
  9. Baringkan jenazah menghala ke kiblat.
  10. Selesaikan hutang si mati yang belum terlangsai.
  11. Segerakan urusan pengkebumian jenazah.
Salah satu topik yang seharusnya kita semua sebagai umat Islam harus tahu adalah mengenai larangan-larangan ketika menguruskan/berhadapan jenazah yang tenyata bid'ah.
  1. Dilarang berteriak-teriak meratapi orang meninggal dunia.
  2. Tidak boleh menceritakan keburukan si mati.
  3. Dilarang membuat bising. (contoh: ketawa berdekah-dekah)
  4. Khurafat: Lalu di bawah keranda jenazah. (contoh: kalau tak nak anak si mati menangis lalu bawah keranda)
  5. Dilarang bercakap hal-hal dunia.
  6. Dilarang terlalu kerap bertanya tentang si mati.
  7. Khurafat: tak boleh ada dalam rumah kucing hitam. (contoh: kalau kucing hitam langkah mayat boleh hidup balik)
  8. Mengamalkan tunggu kubur (contoh: upah orang berzikir mengikut bilangan malam ganjil)
  9. Mengadakan jamuan pada yang datang ziarah si mati. Sepatutnya kita sebagai jiran yang sepatutnya menghidangkan makanan pada keluarga si mati.
Mengikut fatwa ulama'-ulama' mengataka haram makan di rumah yang masih ada lagi jenazah. Seharusnya, selepas jenazah dikebumikan dan selesai semuanya urusan mengendalikan jenazah barulah kita menjamukan makanan terhadap keluarga si mati.

Sebaik-baiknya jika ibu bapa meninggal anak-anak yang menguruskan jenazahnya. Satu-satunya penghormatan/jasa bakti terakhir untuk ibu bapa kita. Dengan harapan segala rahsia tersimpan hanya dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment

© 2009 'One-column photo blog' by HUGE photo blog