Tuesday, June 30, 2009

Panasnya badan ak ni..part2

pose kawan2
cam Family Outing plak
ni lah kanak2 ribena
penat gila jelajah air terjun
sempat lagi tu
peace mala
bodek nk durian la tu
makan x ingat orang belakang


ok kekawan semua...for this time ak akan crita secara menyeluruh pasal trip durian.. 3 buah kereta telah menkonvoikan diri..(viva,MAZDA,ford)..seramai 12 org semuanya....keta comel molek semestinya keta kak hety.keta ala2 cool keta zahid(pinjam keta aniq),keta MACHO mestilah keta ak,,hahaha..sampai ja kat umah tok Matin kami terus melahap durian..but sebelum tu salam2 la dulu..yg peliknya kami x bawa buah tangan langsung(teruk betui)...bukan setakat durian+pulut susu,nasi berlauk ikan+sayur kekacang+pajeri nenas(memang specialized nenek matin) sangat menyelerakan..kenyang giler..ad juga budak2 ni x puas makan durian sampai sanggup tunggu durian luruh.(ak la tu)..Yg best tu ad la sorang budak pompuan ni malu2 nk makan..katanya kenyang but at last makan juga(lepas matin ajak makan..hehhehe jgn mara).tuk menyejukkan badan yg sedang panas kami pi mandi air terjun(just berangan),X mandi pun..pi main2 air ja + photoshot majalah Durian..hahaha. kat sana sempat lagi budak2 ni mengimbau kenangan kanak2 ribena dgn bermain buaian,jongkang-jongkik,gelungsur, sampai koyak seluaq..After that, kami pun beransur pulang ke UTP...rasa cam x puas ja...

Sunday, June 28, 2009

Relevankah fesyen Hoodie di Tronoh





Fesyen Hoodie sudah mula ditampilkan di tronoh..lebih kurang cam sweater la...tapi masalahnya sesuai ka digayakan di tronoh.Seperti sedia maklum Tronoh panas terik..cuma kekadang ja hujan...klau time sejuk sangat sesuai...By d way..apa salahnya klau nk pakai..[ ikut suka la] .. Fesyen ni sangat sesuai dipadankan dengan denim berwarna gelap..Ini kerana akan menyerlahkan lagi personaliti seseorang itu....So ak akan lampirkan beberapa contoh padanan bagi ak yg smart...

MeoW....Meow....





meow,,ni bukan miya ok...ni adalah sebahagian kucing2 yg comel...ak suka kucing tapi tu la,ak ni alergic skit dgn bulu kucing..gatai hidung,,sebab tu ak kurang skit dgn kucing..heheheh

SHOT TUK NUR KASIH...


AIDIL

SITI SARAH

NUR AMINA

ADAM


Inilah sebahagian pelakon dalam NUR KASIH yang diarahkan oleh Kabir Bhatia..sangat menarik dari segi sinematographi dan jalan ceritanya yg cukup menarik...2 keadaan yg berbeza, jejaka yg mengamalkan cara hidup barat dan gadis kampung yg cukup dengan nilai keagamaan...jgn lepaskan peluang untuk turut serta menghayati drama bersiri 26 episod ni....setiap ari jumaat 9 malam..hanya di TV3...hehhehe

NUR KASIH



Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Saturday, June 27, 2009

Panasnya badan ak ni...


DURIAN

Durian merupakan raja segala buah.betul ka??buah pun nk ad raja ka?perlu ka?macam2 ada.x kesahla asalkan baru2 ni ak + hicom convo berpeluang makan durian kampung secara percuma..(yes ingat senang nk dapat!)kami dalam 3 biji keta ke Nibong Tebal.Yang best tu sampai ja kat umah tok matin terus makan.X lengah2 lagi..lahap betul budak2 ni..Yang pasti semua kalut minum air dlam pangsa durian.bukan ap petua orang tua tuk ilangkan panas dalam badan.Mn tidaknya dahlah time tu tgh panas dah berhari2 x ujan. Semua orang kena control nk sendawa or (ken_ _ _)coz akan mengeluarkan bau yg agak kurang menyenangkan.hehehe



Ops adakah anda METROSEKSUAL??




Apa itu METROSEKSUAL??
Ini mungkin masih ramai lagi rakyat malaysia tidak mengetahui apakah maksud,lelaki metroseksual ialah lelaki yang mementingkan penjagaan kulit dan juga seluruh fizikal tubuh mereka iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki dan juga amat mengambil berat tentang penampilan diri iaitu pakaiaan.Semuanya harus sempurna bagi diri mereka.

Hampa nak jadi metroseksual? Kat sini ak share la skit panduan...tapi nk
METROSEKSUAL pn mesti la kena tempat juga...ok

1. Grooming
Sebelum mengenakan pakaian, anda perlu melakukan grooming terlebih dahulu. Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Ra
mbut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.

2. Tekstur
Tekstur juga perlu diambil kira dan ia sangat penting. Jangan pilih fabrik yang menampakkan kualiti yang tidak bagus. Sebaliknya jika ingin memilih pakaian bertekstur, anda perlu memilih fabrik cashmer
e untuk sweater dan t-shirts, atau fabrik kapas berkualiti tinggi. Kemeja anda perlu kelihatan lembut dan potongannya bersesuaian dengan saiz tubuh anda.

3. Potongan

Lelaki metro amat mementingkan soal potongan setiap pakaian yang dipakai. Mengapa? Alasannya mereka mahu kelihatan sharp atau kemas. Bagi seorang profesional seperti anda, pilih sut berpotongan klasik yang bakal memberikan impak positif kepada orang lain terhadap anda. Untuk pakaian biasa, pilih t-shirt yang bersesuaian (tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat) serta jeans berkualiti.


4. Stail

Lelaki metro amat peka terhadap perkembangan fesyen terkini. Jadi, apa yang perlu anda lakukan, rajin membelek majalah fesyen lelaki atau kunjungi butik-butik pakaian berjenama yang menyediakan ruang ‘stail’ atau pakaian yang digayakan pada patung. Dengan cara ini, anda pasti sentiasa berada di atas dengan semua trend fesyen terkini.

5. Pewangi

Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda. Minyak wangi paling sesuai untuk lelaki memiliki haruman sensual, oriental dan musky. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar, pilih minyak wangi yang menyegarkan.


6. Aksesori

Untuk bergaya, anda juga perlu melengkapi stail anda dengan memaka i beberapa aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah. Pilih sama ada berwarna perak atau emas. Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Kemudian anda boleh memakai rantai yang sesuai dengan warna kulit. Gelang atau cincin sesuai jika perlu.

7. Kasut

Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia pelengkap kepada gaya dan sangat penting. Anda boleh pilih sama ada mengenakan kasut klasik atau trendy, apa yang penting ia kelihatan menarik dan sesuai. Pastikan kasut yang dipakai sentiasa dikilat dan bersih. Jangan sesekali rosakkan penampilan dengan kasut yang tidak bersesuaian atau ‘buruk’.

8. Go Digital

Kebiasaanya lelaki metro mempunyai beberapa jenis barangan digital. Ini termasuklah telefon bimbit yang terkini, MacBook yang memuatkan software canggih serta iPod yang memuatkan video serta muzik kegemaran mereka.


9. Barangan kulit
Anda memerlukan sebuah beg kulit yang berkualiti untuk memuatkan barangan penting. Pilih beg yang berkualiti, tahan lama dan lasak yang boleh digunakan setiap hari. Pastikan beg kulit itu mempunyai ruang untuk meletakkan laptop kesayangan dan barangan lain.


Thursday, June 25, 2009

fesco 09

I like this event....fesco 09 merupakan festival tarian yg disertai oleh universiti seluruh Malaysia.Antara uni yg terlibat ialah UKM,UNITEN.MMU,ASWARA,UMS,KYS,SEDAYA KOLEJ,KOLEJ TAJ,UTP....tuk event ni ak jadi asst. CNP...dept ni sepatutnya merupakn dept yg serius dan berprotokal,,,,tetapi sebaliknya plak..mana tidaknya head dia memang sempoi ja. Asal keja jalan dan siap..tu yg penting..From this event, banyak juga ar aweks yg ak kenal..abihtu majorit dancers pompuan..Tambahan plak ak Stage Manager..of coz before kluaq menari ken ajumpa ak dulu..heheheheh...event ni juga dapat liputan yg meluas.Mn tidaknya dah jadi event kontroversi..I Like Kontroversi..siap ad polis lg...hehehehe

menari yer.jgn lupa step..5,6,7,8

semua dancer berkumpul tuk ambik gambaq..apalagi klau dah mekap cantik2.

ak pn sempat juga amik gambaq,,,

ni komiti ak...yg boleh wat keja..hahahha

tec 09

sambil kerja sambil makan








pada mulanya ak dah join FESCO 09..ALHAMDULILLAH permohonan ak tuk join Tec diterima..kali ni ak first time dapat join FNB.bukan senang tau nk join dept. fnb.Ini kerana, dept ni hanya memerlukan 5 orang termasuk EC..macam biasa kerja calling la kena wat dulu.part ni yg ak lemas..ak x berapa pandai nk call mintak sponsor.tapi orang kata belum cuba belum tahu.
Tapi yg best dept ni kita kena handle makan.tak kirala sama ada sponsor,komiti mahupun budak sekolah..Sebelum agih kitala makan dulu..sebab tu badan ak semakin berisi( xda maknanya).
Apa2 pun TEC meninggalkan satu memori yg payah tuk dilupakan..TQ hampa semua....

Wednesday, June 24, 2009

Fnb




erm,,for this time ak kena fnb(food & beverages) plak...yg lg best ak dapat pegang 2 pangkat..pada asalnya just asst..tup..tup...kena jadi head,,hhehehehe..bukan sebab ap ak pecat head lama ak...ehheeheh(xdala..dia resign--masalah keluarga)..
ap2pun komiti ak semua best & sempoi.....
ak ad 3 komiti...sorang gila moto(jong kok), sorang teringin nk karaoke(dae sung),sorang havoc.....
1 treasurer....memang sempoi(chun hee)
2 secretary....sorang slalu tertipu dgn asst(hyori)....sorang sagat rajin(ye jin)
asst ak...memang gila org dia...slalu wat org gelak ja..ad ja bahan dia...(jae suk)
dan ak...suka mengarah org ja,,heheheeh,,(sooro)
sv ak pn best gak(jong shin)

© 2009 'One-column photo blog' by HUGE photo blog