Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” Hadis riwayat al-Tirmizi
Pada tanggal 20/8/2010 bersamaan 10 Ramadhan, sekali lagi iftar kelolaan rumah bawah dan atas dengan jayanya dilaksanakan. Seramai 15 orang anggota turut serta dalam misi tahun ini. Menurut ketua operasi, Dzulkhairee menyatakan "target kita tahun ini ialah Cheng Ho, Ipoh.So harap sangat korang semua menggunakan RM25 sepenuhnya".
Setelah selesai operasi, temuramah bersama anggota mendapati PAU MERAH menjadi kegilaan semua.Pau yg disediakan sungguh comel dan dohnya sangat lembut.
No comments:
Post a Comment