Friday, December 18, 2009

Bilakah lagi?


Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu
berjihad menentang kezaliman
Oh insan sedarlah pembalasan Tuhan pasti akan datang
Jangan takut…jangan takut
Berjuanglah untuk keamanan.

Lagu ni merupakan salah satu lagu nasyid acap kali diudarakan oleh teman seperjuangan ak..dah sampai terhafal ak lagu ni..lagu ni mempunyai erti tersirat yg cukup jelas..

Kain Tak Berjahit

Bersempena dengan Maal Hijrah ke-1431 suka di sini tuk aku berkongsi dengan satu forum HALAQAH kain tak berjahit..Ingatlah,, kita tak tahu bila?di mana?bagaimana? kita akan ditarik nyawa oleh malaikat IZRAEL...

Topik ini berdasarkan firman Allah (Ayat 11, Surah Al-Munafiqun) yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Allah tidak sesekali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan"
Ayat ini Allah ingin menegaskan bahawa setiap yang bernyawa itu ada saat ajalnya cuma kita tak tahu bila dan bagaimana seperti yang dikatakan oleh Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz. Seperti yang Ustazah Nur Bahiyah jelaskan ramai orang tidak suka bercakap mengenai kematian. Kepahaman orang muda terhadap kematian adalah seperti ini:
"Mati ustazah jangan cakap la. kami muda trang tang tang lagi; yang mati ni orang yang lanjut usia sahaja; yang kulit da kendur, mata da kabur, uban berterabur, rambut gugur, gigi pun gugur, cakap pun tersembur-sembur; dekat dengan kubur."



Sabda Rasulullah SAW ada beberapa perkara yang perlu dilakukan apabila ada hamba Allah meninggal dunia ;

  1. Ucapkanlah Innalillahi wainnailaihiraji'un. Nabi SAW bersabda apabila diucapkan kalimah Innalillahi wainnailaihiraji'un, Allah akan jauhkan kita dari perkara buruk tersebut dan memberikan sesuatu yang lebih baik.
  2. Tutupkanlah mata jenazah. Nabi SAW ketika menziarahi jenazah Abu Salamah, baginda menutupkan mata jenazah dengan telapak tangannya. (Mata jenazah akan mengikut arah dari mana roh ditarik keluar. Malaikat menarik nyawa dari arah kepala, so selalunya kita akan nampak mata jenazah ke atas.)
  3. Tukarkan pakaiannya kepada pakaian bersih.
  4. Qiamkan tangan jenazah seperti keadaan dalam solat.
  5. Tutupkan mulut jenazah.
  6. Ikatkan dagu jenazah sehingga ke ubun-ubun kepala.
  7. Luruskan kedudukan kaki jenazah.
  8. Tutuplah jenazah dan seluruhnya.
  9. Baringkan jenazah menghala ke kiblat.
  10. Selesaikan hutang si mati yang belum terlangsai.
  11. Segerakan urusan pengkebumian jenazah.
Salah satu topik yang seharusnya kita semua sebagai umat Islam harus tahu adalah mengenai larangan-larangan ketika menguruskan/berhadapan jenazah yang tenyata bid'ah.
  1. Dilarang berteriak-teriak meratapi orang meninggal dunia.
  2. Tidak boleh menceritakan keburukan si mati.
  3. Dilarang membuat bising. (contoh: ketawa berdekah-dekah)
  4. Khurafat: Lalu di bawah keranda jenazah. (contoh: kalau tak nak anak si mati menangis lalu bawah keranda)
  5. Dilarang bercakap hal-hal dunia.
  6. Dilarang terlalu kerap bertanya tentang si mati.
  7. Khurafat: tak boleh ada dalam rumah kucing hitam. (contoh: kalau kucing hitam langkah mayat boleh hidup balik)
  8. Mengamalkan tunggu kubur (contoh: upah orang berzikir mengikut bilangan malam ganjil)
  9. Mengadakan jamuan pada yang datang ziarah si mati. Sepatutnya kita sebagai jiran yang sepatutnya menghidangkan makanan pada keluarga si mati.
Mengikut fatwa ulama'-ulama' mengataka haram makan di rumah yang masih ada lagi jenazah. Seharusnya, selepas jenazah dikebumikan dan selesai semuanya urusan mengendalikan jenazah barulah kita menjamukan makanan terhadap keluarga si mati.

Sebaik-baiknya jika ibu bapa meninggal anak-anak yang menguruskan jenazahnya. Satu-satunya penghormatan/jasa bakti terakhir untuk ibu bapa kita. Dengan harapan segala rahsia tersimpan hanya dalam keluarga.

Sunday, December 6, 2009

DOA PERPISAHAN


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

p/s---Bukan senang nk cari sahabat yg sanggup share susah senang bersama...yg sanggup mendoakan kesejahteraan bersama. Ap2 pun kita mengharap setiap jalinan persahabatan mendapat keredhaan Ilahi..Amin....

~~NASYID ARI INI~~



Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

P/S= Setiap bait-bait lirik dalam lagu ini penuh dengan makna yang cukup mendalam.Cukuplah sekadar menggambarkan erti persahabatan yg diredhai ALLAH..
So,peluang yg ad aku ingin minta maap klau ad wat salah dengan member2.mungkin secara sedar atau tidak sedar..ALL THE BEST 4 INTERNSHIP....


Monday, November 23, 2009

3 hari 2 malam---part 1


Alkisah bermula pada satu malam.time tengah study ni tetiba ajid a.k.a bujed dapat call dari kg..Nenek dia cakap durian dah bayak ni bl nk balik kg??So ap lagi kami yg menyibuk ni seronok gila..plannya nk pi ari jumaat coz dh abis Final..tapi tetiba menjadi housmate yg berhati perut teringat BAng Cik x hbs lg paper..so tukaq plan ari sabtu baru pi...

Nak jadi kn crita on that day,,ujan satu ari pagi sampai petang..so kami pun tegar jugak pi ke teluk intan demi DURIAN...malangnya, Haziq,,khalil,,Bg.cik x dapat pegi..So just ak,l anas,mior ja..

ari pertama..kami just makan durian ja.Sampai dah muak la..diselang seli dgn cucur cempedak + pisang yg sungguh ranggup tepungnya..MANTOP..Sambil2 tu sembang jugak dgn nenek bujed..dia ckp," bilalah opah leh dapat cicit? ",terdiam kami sebentar..hehehe bujed ap lagi..xkan x paham2 lg..hahhaha

Lupa plak nk describe durian..durian yg dikutip bujed memang nampak buruk diluar,,tapi apabila dh dikopek bujed,,MANTOP isi dia. kuning berlemak.memang menjilat ar jari sampai licin..part 2 akan menyusur

1 piece lemon cheese cake


Hahaha..tetiba ak teringat akan cheese cake yg ak dapat..jeng2 sapa bagi???tu yg ak nk crita...Alkisah bermula pada suatu hari yg hujan renyai2 dari pagi sampailah malam..keadaan memang nyaman..adalah member ak sorang ni.duk bodek ak nk pinjam keta rupanya..dalam masa yg sama ak nk korek rahasia dia..tapi malangnya dia x termakan dengan ayat2 ak..dah abis dah ayat terjah ak guna tapi gagal jugak...jawapan dia cuma ZZzzZZZzz.......

Persoalannya di sini adakah cheese cake tu ad terselindung satu jawapan atau tuk ak melupakan niat ak tu..heheeh..

nevermind yg penting mmg lemon cheese cake yg ak kempunan sangat nk makan...dah lama x makan..naseb baek pilih cake yg betul..naseb baek betui....

yg penting ak akan pegang akan kata-katanya.,"...................",kata-kata tu hanya ak,dia dan ALLAH saja yg tau......

lagi satu mengada2 betui terus terang kan senang..terungkai segala tanggapan yg ak ad..by d way,,ak akan tetap menunggu sampai ke akhir hayat...wah...

Saturday, October 31, 2009

CINTA?? I LOVE U???

Seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang perempuan.

“ Aku betul-betul sayangkan dia” Ujar lelaki itu. “ Perempuan itu pun cintakan aku”

Saya memandang sahaja.

“ Kami berdua saling cinta mencintai” Tambahnya lagi.

Saya menghela nafas.

“ Salah ke kami berjumpa? Keluar sama-sama? Sembang-sembang? Kami nak lepaskan rasa rindu. Cinta kami terlalu menggunung”

“ Kau panggil itu cinta?” Saya memandangnya. Kali ini, mata saya mencerun.

Kononnya, cinta tidak tertanggung, rindu menyelirat agung. Oh, lautan api akan diredah, gunung tinggi akan didaki. Langit angkasa akan dijejak. Bulan bintang akan menjadi saksi. Segala apa pun sanggup dilakukan, asalkan cinta bersemi di dalam hati.

“ Aku betul-betul sayangkan dia, cintakan dia”

Rasa itu memang bergejolak, menolak-nolak. Hati rasa tersiat, seluruh tubuh seakan khianat. Kadang-kadang langsung tidak dapat mengawal diri. Ada masa hendak menangis menanggung cinta ini, ada masa tersennyum-senyum sendiri.

Setiap waktu hanya nampak dia. Ketika tidur hanya mimpikan orang yang kita cinta. Bila bangun terbayangkan dia. Setiap waktu hanya nampak dia sahaja.

“ Aku cintakan mu, i love you, aishiteimasu, uhibbuki, saranghaeyo, ik houk van jou, miluji tě, je’ti aime” Bahasa melayu, inggeris, jepun, arab, korea, belanda, albania dan perancis disebut. Semuanya makna satu. Kalau arif seratus bahasa, kesemuanya akan diluahkan sebagai tanda cinta.

Mabuk. Mimpi yang entah berapa tahun lagi baru menjadi realiti, tetapi terasa seperti esok akan menjadi.

Benarkah itu cinta?

“ Kau panggil itu cinta?” Mataku mencerun.

“ Habis?” Walau saya tidak menyentuh dadanya, dari matanya sudah saya ketahui hatinya diamuk getar. Mungkin terasa bila cinta yang dianggapnya agung itu hendak digugah.

“ Kau tahu apa itu cinta?” Saya bertanya.

Dia mengangguk pantas. “ Cinta itu adalah sayang. Cinta dari hati, sayang sepenuh hati”

“ Kau tahu apa makna sayang?”

“ Menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan, membuat dia bahagia”

“ Maka kamu tidak mencintai dia sebenarnya” Saya menjawab perlahan.

Matanya membesar. Terus tangannya meragut kolat baju saya. Saya ditarik kasar.

“ Apa dia? Mana kau tahu? Jangan kau hendak menghitung cintaku. Cintaku kepadanya seluar langit dan bumi. Apa sahaja boleh kuberi. Kenapa kau nyatakan yang aku tidak mencintainya?” Marah. Matanya berapi.

Mabuk. Dia tidak sedar. Yang dikatakannya cinta itu, hakikatnya tidak bernilai walau satu habuk.

“ Sebab kau lontarkan diri kau, dan orang yang kau kata kau cinta itu, ke dalam neraka” Mataku memandangnya tidak berkelip.

“ Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Dia terdiam.

“ Apakah itu cinta?”

Manusia terlalu bodoh. Dia merasakan cintanya agung melangit. Tetapi dia tidak sedar, sebenarnya ketika itu dia tidak mencintai. Hakikatnya, dia pun tidak dicintai. Dia melontarkan pasangannya ke neraka. Pasangannya juga melontarkannya ke neraka. Apakah itu cinta yang sebenarnya?

“ Cinta itu mahal. Kau sebenarnya tidak mengerti makna cinta” Aku menambah. Pegangan tangannya mula melonggar.

Cinta yang sebenar, cinta yang menembusi akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing akan menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa. Ayah ibu akan menyalahkan anak kerana dosa anak terpalit pada dirinya. Anak akan menyalahkan ayah ibu menuduh ayah tidak menjaga dan mendidiknya. Suami akan menyalahkan isteri kerana tidak taat kepada ALLAH. Isteri juga akan menyalahkan suami kerana meninggalkan amanah mentarbiyah keluarga. Hari itu, tidak bermakna langsung cinta cinta yang diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak menembus ke akhirat. Bertahan di tebing kubur sahaja, kemudian tertinggal.

Apakah itu dinamakan cinta?

Saya tidak nampak.

“ Kau fikir, cinta dengan perempuan itu, hanya sekadar ucap i love you?” Saya menepuk bahunya.

Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada TUHAN. Maka cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan.

“ Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAh Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan(perancangan, agenda)” Surah An-Nur ayat 30.

“ Tetapi, aku merasa bahagia. Malah, ada orang seperti ku, berkahwin, dapat anak, bahagia hingga ke akhir hayat” Dia cuba mempertahankan diri.

“ Apakah makna cinta, jika ia tidak dikira sebagai kehidupan? Hidup hanya untuk ALLAH, apakah harga cinta jika ia tertolak di sisiNya? Kau bahagia di dunia, tetapi kau sengsara di akhirat sana. Apakah makna cinta?”

“ Dan ada dari kalangan mereka yang meminta, Ya RABB kami, berilah kami apa yang ada di dunia. Dan di akhirat kelak, mereka ini tidak mendapat apa-apa pun” Surah Al-Baqarah ayat 200.

Secara tidak sedar, cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk ILAHI. Dari cinta kepada ILAHI inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asasnya iman dan taqwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan ALLAH.

“ Habis, salahkah aku bercinta? Cinta fitrah manusia!” Dia cuba membentak. Nampak sukar menerima.

“ Cinta tidak bersalah. Jatuh cinta bukan jenayah. Persoalannya, bagaimanakah kau bercinta, kenapa kau bercinta, untuk apakah kau bercinta?”

“ Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap manusia akan mendapat apa yang diniatkan olehnya. Sekiranya dia berhijrah kerana ALLAH dan rasulNya, maka dia akan mendapat ALLAH dan rasulNya. Jika dia berhijrah kerana dunia untuk mendapat isinya, atau kerana wanita untuk mengahwininya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang dia hijrahkan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Akhirnya, manusia yang tidak mendirikan cintanya berasaskan iman dan taqwa, akan melihat jawapan-jawappan kepada tiga persoalan itu adalah sama. Nafsu. Ya, kepuasan diri semata-mata. Rapuh bukan? Sedangkan cinta itu saling kasih mengasihi. Tetapi sedar atau tidak, kita menjalani cinta yang berasaskan nafsu ini, hanya untuk kepuasan diri sendiri. Itukah cinta?

“ Tapi… tapi… aku bukan sekadar cinta sahaja. Aku berkorban juga. Aku belikan dia itu dan ini. Aku…”

“ Itu semua tipuan sahaja. Kau berkorban untuk dia mencintai kau bukan? Bukankah itu mementingkan diri? Kau mencintainya untuk diri kau. Kau namakan itu cinta?”

Akhirnya kepalanya tertunduk. Saya menghela nafas. Daifnya cinta manusia. Syaitan menghias-hias cinta daif itu menjadi agung. Tinggi melangit. Merentas lautan api kononnya. Mahu merentas neraka bersama kah?

“… Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk” Surah An-Naml ayat 24.

Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tetapi bahagia hingga ke akhirat sana. Apakah makna cinta jika kita melontarkan pasangan kita ke neraka?

Kita akan ada anak, kita akan ada kerja, hidup berkeluarga nanti penuh dengan cabarannya. Siapakah yang memandang ke hadapan melihat hal ini? Biasanya, yang bercinta berasaskan kepuasan diri ini, hanya nampak sebatas gerbang perkahwinan sahaja. Nampakkah dia bagaimana dia hendak membesarkan anaknya nanti? Nampakkah dia bagaimana dia hendak menyara keluarganya nanti? Lebih besar lagi, bagaimana dia hendak membawa keluarganya hidup dalam keredhaan ALLAH?

Kebaikan akan memusnahkan keburukan, tetapi keburukan tidak akan sesekali mendatangkan kebaikan.

Jatuh cinta bukan jenayah. Tetapi bagaimakah kita bercinta, kenapa kita bercinta, untuk apa kita bercinta? Itu persoalan yang mesti dijawab sebenarnya. Cinta berasaskan iman dan taqwalah yang membuatkan kita mencintai pasangan kita, anak-anak kita sepenuh jiwa. Kita sara mereka dengan wang yang halal, kita hidupkan mereka dalam suasana ISLAM, agar bahagia itu berkekalan hingga ke syurga, bukan sebatas air mata di tepi perkuburann sahaja.

Cinta adalah ibadah. Bukan untuk memuaskan perasaan sahaja.

“ Dan tiadalah AKU ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah” Surah Adz-dzariyat ayat 56.

“ Habis, bagaimana aku sekarang? Perlukah aku memutuskan cinta?”

Saya menggeleng. Belakang tubuhnya saya tepuk-tepuk lembut.

“ Perbaiki diri kamu, dan ajaklah orang yang kamu cintai itu untuk kembali muhasabah. Sama-sama kamu perbaiki diri. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada ILAHI. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul, bercintalah dengan matlamat yang betul.”

“ Sekiranya kamu bersyukur kepadaKu, maka akan AKU tambahkan bagimu(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.

Dia menghela nafas. Aku tersenyum sahaja. Bukan senang. Tetapi itulah jalannya. Sebab syurga, dan harga kekal abadi itu lebih mahal nilainya.

Itu cinta dia.

Bagaimanalah agaknya dengan cinta saya?


P/S--kredit to langit ilahi...cukup bermakna cerita ini...sekadar berkongsi pandangan..siapalah aku..hanya insan yg kerdil disisinya...sama2lah kita bermuhasabah diri kita....

HarGa sEbUah CinTa



Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada
CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN
dan
sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling
melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil
itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan
pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan
diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak
mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari
pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki
CINTA. Tak
lama
CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN!
KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak
CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh!
Maaf,
CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta
bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu i! ni tenggelam.
Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN
cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan
CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan
perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak
CINTA. Namun apa yang
terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu
sehingga ia tuli tak mendengar teriakan
CINTA. Air makin tinggi
membasahi
CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama
lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak
CINTA. Lalu apa jawab
KECANTIKAN, "Wah,
CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu
ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.
CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak.
Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu
CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN,
bawalah aku bersamamu", kata CIN! TA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf,
CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata
KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.
CINTA putus asa. Ia
merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.
CINTA terus
berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada
Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa
CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "
CINTA! Mari cepat
naik ke perahuku!"
CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang
tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu
Cepat-cepat
CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air
menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu
menurunkan
CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA
sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik
hati menyelamatkannya itu.
CINTA segera menanyakannya kepada seorang
penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang
tua tadi? Dia adalah
"WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan
teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya
CINTA heran.
"Sebab", kata orang itu, "hanya
WAKTU lah yang tahu berapa nilainya
harga sebuah
CINTA itu... ...


p/s--kredit to mila...pengajarannya cukup mudah tapi bermakna dalam..ingatlah sesungguhnya janganlah kita asyik mengejar kekayaan sahaja.Kita mestilah mengimbangkan segalanya sebagai bekalan untuk di akhirat kelak...Pembaca2 sekalian apabila bercinta CINTAlah kerana ALLAH..barulah mendapat keberkatan...Org kita sekarang pelik..cinta sebab harta..paras rupa..termakan kata2 romantik( tangkap lentok ar) dan sebagainya...kita dapat tgk sekarang berapa ramai kahwin x sampai 1 tahun dah bercerai..tu pun kira ok la..yg lg teruk x sampai 1 minggu pun ad...ingat kahwin tu bukan perkara maen2...(hantaran sekarang pun dahla mahal..heheh).......

Sunday, October 25, 2009

# secebis memori #

ek eleh outing BM je pun......
hitam vs putih
nmpak muka bangga pabila memakai baju batik sekolah
di mana shazwan???
elo!!hampa kat zaman mn ni??JEPUN ka?
5 sarjana yg sempoi gila
OMG!!!adakah tu bulat versi kurus..OMG skali lg
eh..ak nmpak wan em..xnmpak plak faiz
jiran dorm sebelah..
Amboi matawep sedapnya tidoq.
OMG..sedap kot tidoq bila penat
K-un hotnya...punya ramai org nk ngorat..finally org tu juga dapat..hehehe
Berg + matin ingat2 la sama kat org laen..nk mkan durian gak
tau la baru abis BTN,,xperlu kot semangat sangat,.
jejaka 5 sarjana
Azwan bukan reti pun pegang chopstick tu..poyo ja..hahaha
klau x silap ni time nk amik anugerah PMR
Apan hg wat ap tu??lat muka hepi..coz puas makan satay..

Ak ingat TUGU nEGARA..kuikuikui


Zaman sekolah telah meninggalkan berjuta kenangan x kira (manis,pahit,masin,masam)..tetiba ja ak tertarik tuk menulis pasal sejarah silam time muda2 dulu..memangla sekarang pn muda lagi tapi dulu x berapa mature lagi..huhuhu...asyik nk bergaduh ja...memang banyak benda berlaku time sekolah..dari x couple terus jadi couple ,,dari x kamcing terus jadi kamcing...ak x tau nk stat dari mn.coz ak rasa terlalu banyak nk crita ungkit balik perkara yg ak rasa agak lucu bila dikenangkan semula..hahahahha...so setakat ni ak harap bila tengok gambaq dapat mencuit hati kita...yg penting ad yg dulu agak kurus sekarang dah montel..hahahha(sapa tu????ramai ja)

Wednesday, October 21, 2009

effect~~











knapa perlu effect dalam hidup kita???x cukupka effect yg dah ad???
bukan ap effect dapat mewujudkan drama dalam sekeping gambaq...dgn adanya drama kita akan lebih memahami akan isi kandungan gambaq tersebut,,,(hentam sajalah LABU..)
yoyo'o

EdX--24--











"YEs" inilah ungkapan member2 ak..sebab ap? tu yg ak nk habaq kat hampa..(yes sebab x payah masuk edx,,sedangkan dalam hati kuciwa x layak masuk edx,,huhuhu)
EDX?? ialah engineering desing exhibition...kesemua design dari ETP, FYP, PG, OPEN..akan dipertandingan depa punya idea dan cetusan minda menerusi engineering concept....Sempat jugakla ak pi ushar booth member2..nk tgk jugakla kan ap yg special sangat design budak yg masuk edx ni...Not Bad la!!....
ad yg wat guitar automatik 4 beginner,,tongkat sakti,,bantal vibrate,,,tingkap auto sensor hujan,,dan banyak lagilah....
ALL d best to group rumate,,housemate,,,dan teamate study...
& coursemate

Tuesday, October 20, 2009

~~~~uMaH aBg LiL~~~~



























"mior x jadi pi umah hgla lil, dia ad interview la plak," "xpa ap nk pikiaq bawak ja sorang lg..mahfuz anak jati kelantan tu...abis crita". btul gak lil.... So, 1 soksek 2 kolek berjaya sampai ke rumah khalil dgn menumpang kreta baru aziq( JLT .......)+ co pilot (_,_,_,_,_)....
Yang syoknya perut ak+dib mmg dah lapaq,sampai2 trus pi makan kat uptown...berdasarkn ayin(adk khalil) kat si2 plg best chicken chop + yong tau fu..So ak layan ja..yg penting perut kenyang hati pun senang...

Dah kenyang ap lg..karok la plak..(dlm mimpi ja), coz dah nyeyak tidoq dibuai mimpi yg member ak sok nk pi dating.hahahha bangun ja trus makan.(makan lg cm mn x berisi badan ak)...x lengah2 gerak pi The Curves..ok jugakla tempat tu..jumpa la jugak bakal artis SEhati Berdansa--sazzy falak---

SI bo + ayie pn join jgak pi Mid valley..layan PAPADOM( part last skali plg x leh blah)... so km lepak umah lil 3 hari 2 malam..banyak benda kami wat(amik gambaq ja lebih!!),,,,
kedit to khalil,,tq so much..dapat baju free lagi..hahahah( dib sorang ja x dapat )

© 2009 'One-column photo blog' by HUGE photo blog